Saturday, June 1, 2013

BM itu sebenarnya indah.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba diriku ini rasa nak menulis menggunakan bahasa Melayu. Mungkin kerana terlampau teruja hendak pulang ke tanah air dalam masa 3 minggu lagi. :)

Musim peperiksaan di Universiti sudah pun bermula (ada yang sudah habis pun) tapi aku masih lagi tertunggu-tunggu bila lah subjek-subjek Ekonomi nak mula. Walaupun lebih dari 2 minggu aku diberi peluang untuk mengulangkaji, tetapi sifat malas itu sangat lah susah nak dipisahkan. Makin lama aku tahu yang aku ada masa untuk revise, makin malas aku. -_-

Hari Rabu ini adalah subjek pertamaku yang bakal aku duduki. Subjek paling susah bagiku antara semua. Ada kesedaran dalam diri yang aku perlu mula menelaah pelajaran akan tetapi macam biasalah, sifat malas tu tetap ada. haihh....

Malas untuk belajar sampaikan masa yang boleh digunakan untuk mengulangkaji aku gunakan untuk tulis di blog ini. Oups! :P

Rasa kelakar pula menulis dalam bahasa melayu. Terasa macam tengok cerita kartun di TV2.

Baiklah, daripada aku terus merepek di blog ni dengan tatabahasa yang entah betul atau tidak, lebih baiklah aku sambung mengulangkaji pelajaran. Kan?

;)

Selamat Berjaya!

No comments:

Post a Comment